Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh
ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli
pada kecaman..
Ikhlas itu ketika dapat menolong
sesama, namun tidak mengharap balasan..
Ikhlas itu ketika mampu berbagi
rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit..
Ikhlas itu ketika rela mengalah
dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertikayan..
Ikhlas itu ketika tersenyum
melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka..
Ikhlas itu ketika harus
melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka..
Ikhlas itu ketika dihujani kata
kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan..
Ikhlas itu ketika mampu
memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian..
Ikhlas itu ketika membalas
setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..
Ikhlas itu ketika menerima
kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH, walau terkadang ( di awal )
tidak seperti yang diinginkan..
Yaa... Ikhlas memang seperti surah
Al-Ikhlas.. Tidak ada kata '” ikhlas “' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak
tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi, kerana ikhlas hanya akan
terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..
Semoga ALLAH memberi kita banyak
kemudahan untuk menguasai salah satu ilmu tersulit dalam kehidupan, iaitu
KEIKHLASAN
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment