Sepasang pengantin baru yang
sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.
Pada suatu hari si suami membuat rencana
berikut kepada isterinya. “ Sayang, saya akan meninggalkan rumah
ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras
supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak
tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu
kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya,
kerana saya akan setia kepada kamu.”
Isterinya setuju, jadi pemuda
itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan
seorang juragan yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan diri. Dia
diterima. Oleh itu dia membicarakan syarat-syarat dengan majikannya. “ Saya akan bekerja selama mana
yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan
saya. Saya tidak mau menerima gaji saya, saya mau tuan simpankan itu untuk
saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk
pulang, tolong berikan wang saya. ”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi,
pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas
dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mau uang
saya, karna saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “ Baiklah,
lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya.
Bagaimanapun, sebelum kamu pergi
saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua uang
kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau
tidak akan dapat uang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan
keputusanmu. ”
Dia berfikir selama dua hari. Kemudian
dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mau tiga nasihat itu. ”
Majikan itu menekankan semula,
“Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan uangmu itu.”
Orang itu menjawab, “ Saya mahu
tiga nasihat itu. ”
Kemudian majikan itu memberikan
tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas
dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui bisa membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu
ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan bisa membunuh.
3. Jangan membuat keputusan
ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah terlambat.
Selepas memberikan tiga nasihat
ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga buah roti untukmu, dua
untuk kau makan selama dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan
bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, orang itupun pergi, selepas
dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia
bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi…?
”
Dia menjawab, “ Ke suatu tempat
kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya,
“Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang…! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat
dan kau akan sampai dalam waktu 5 hari sahaja.”
Awalnya dia itu ingin ikut jalan
yang disarankankan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia
kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan
pintas itu membawa kepada serangan perangkap.
Selepas beberapa hari perjalanan
lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh beristirahat.
Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia berbaring untuk tidur. Pada malam
itu dia terbangun karna dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan
pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu,
dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, berbaring dan tidur.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik
rumah tumpangan itu bertanya kepadanya apakah dia tidak mendengar jeritan malam
itu. Dia itu mengisahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata,
“Kamu tidak ingin tahukah apa yang terjadi….? ”
Dia itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tamu
pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Tetangga saya benar benar gila.
Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila
tamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang
rumah.”
Dia meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar
sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam
berjalan, dia sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh.
Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari jendela dan dia nampak bayang-bayang
isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak sendirian. Dia datang lebih dekat
dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu
dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas
panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan
untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk
membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang
dan dia berkata dalam hati, “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya.
Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya lagi. Tetapi
sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahwa selama ini saya
tetap setia kepadanya. ”
Dia ke pintu dan mengetuk.
Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya
dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu coba menolak isterinya tetapi
tidak berdaya.
Kemudian, dengan linangan air
mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu menghianati
aku.
Isterinya terkejut, lalu dia
menjawab, “ Bagaiama saya menghianati kamu….? Saya tidak pernah menghianati.
Saya dengan sabar menanti kamu selama dua puluh tahun.”
Kemudian si suami bertanya, “ Bagaimana
dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam…? ”
Isterinya menjawab, “ Lelaki itu
adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah
umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami
memohon ampun pada isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia
menceritakan semua yang dia alami selama kepergiannya. Sementara itu, isterinya
menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh
majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam
roti itu dia melihat uangnya, semuanya. Bahkan, uang itu lebih daripada gaji
yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama
Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan
kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita
memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.
" RENUNGAN BUAT KITA YANG
SEMAKIN TUA "
1. Sisα hίdυρ semakin pendek :
» yang boleh kita makan, makanlah
» yang boleh kita pakai, pakailah
» yang Ingin kita beli, belilah
» kalau masih mampu memberi,
berilah
» masih mampu berbagi,
berbagilah.
Karna semua yang ada tidak bisa
kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur
rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dengan
pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang
sehari. Bila kita lewati hari ini dangan berbahagia, kita sangat beruntung,
berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, karna kita tidak tahu bila kita
akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu
sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI
4. Bila membandingkan ke atas,
kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila
kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yang kita
ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat,
kedudukan, kehormatan , semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang
terbaik dan terpenting adalah Perilaku yang Baik, sentiasa membantu orang,
tidak berbuat hal” tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain
karna karma itu ada... dan yang terpenting melatih diri agar selalu sehat lahir
dan batin.
Ini karna KESEHATAN adalah
KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibu bapak kepada anak”
tidak ada batasnya.
Kasih anak” terhadap ibu bapak
jelas batasnya.
Sadarlah…. tatkala anak sakit,
hati ibu bapak teriris
Tapi tatkala ibu bapak sakit,
anak cuma menjenguk dan bertanya” ala kadar...
Anak” memakai uang orang tua
sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai uang anak semacam ini pasti
tidak berlaku
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri
dan berikanlah pada anak se BIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibu bapak adalah rumah
anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibu bapaknya. Ibu bapak selalu
memberikan anak” tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada
ibu bapak. SELAMAT MENITI HARI TUA
No comments:
Post a Comment