Jika dilihat dengan cermat, siang
atau malam itu hanyalah istilah bagi menggambar keadaan BUMI dengan CAHAYA
MATAHARI.
Bilamana BUMI menerima pancaran
CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami SIANG
Bilamana BUMI tanpa pancaran
CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami MALAM
Jadi jika situasi diatas dibawa
kepada DIRI, maka dapatlah dikiaskan seperti berikut :
BUMI itu adalah kiasan kepada
JASAD
CAHAYA MATAHARI itu adalah kiasan
kepada ROH
SIANG itu adalah kiasan kepada
HIDUP @ KEHIDUPAN (Jasad bersama Roh)
MALAM itu adalah kiasan kpd MATI
@ KEMATIAN (Jasad tanpa Roh)
PUASA itu adalah kiasan kepada
proses mengenal diri-mengenal allah
Maka dari kiasan diatas dapatlah
ditafsirkan bahawa rahsia atau maksud difardhukan puasa pada siang hari itu
ialah…
“ MENGENAL DIRI (Puasa)
difardhukan pada setiap manusia yang masih HIDUP (Siang) sebelum datangnya MATI
(Malam) “
Maksudnya, setiap manusia yang
masih hidup perlu mengenal diri dan mengenal allah sebelum datangnya kematian.
APAKAH YANG SEBENAR DICARI
DIDALAM PUASA
Kita sedia maklum, didalam bulan
Ramadhan adanya Lailatulqadar , maka lailatulqadar inilah yang dicari didalam
puasa
Jika Lailatulqadar itu dibawa
kepada DIRI maka yang dicari didalam puasa adalah mencari yang sebenar-benar
HIDUP dan sebenar-benar WUJUD
Bagaimanakah caranya….??
Baiklah…begini caranya mencari
yang sebenar-benar HIDUP, yang sebenar-benar WUJUD…
Semasa didalam alam rahim dan
sebelum dilahirkan ke alam syahadah @ alam dunia, Allah swt telah meniupkan
atau menyatukan ROH kedalam JASAD maka
terciptalah MANUSIA.
Setelah dilahirkan ke alam
syahadah atau alam dunia, MANUSIA akan dikepilkan atau dibekalkan dengan satu
sifat yang dipanggil AKU atau KEAKUAN.
Maka semasa manusia masih HIDUP,
sifat KEAKUAN ini perlu dileburkan sebelum datangnya MATI.
Proses meleburkan sifat keAKUan
ini dinamakan PUASA atau Mati Sebelum Mati.
Seperti kita sedia maklum, setiap
manusia dilahirkan dengan penzahiran 7 sifat maani iaitu :
SAMAK, BASAR, KALAM, QUDRAT,
IRADAT, HAYAT, ILMU
Semenjak dari lahir, 7 sifat
maani ini akan sentiasa terzahir selagi manusia masih hidup.
Disebabkan sifat KEAKUAN yang
kuat, manusia menyangka bahawa ke-7 sifat diatas adalah miliknya :
BASAR -- aku yang melihat
SAMAK – aku yang mendengar
KALAM – aku yang berkata-kata
QUDRAT – aku yang berkuasa
IRADAT – aku yang berkehendak
HAYAT – aku yang hidup
ILMU – aku yang tahu
Proses PUASA atau Mati Sebelum
Mati itu ialah dengan menafikan 7 sifat maani diatas dan mengisbatkan kepada
yang empunya sifat, ALLAH MAHA AGUNG.
BASAR – Yang melihat itu ALLAH,
bukan mata aku
SAMA' Yang mendengar itu ALLAH,
bukan telinga aku
KALAM – Yang berkata-kata itu
ALLAH, bukan mulut atau lidah aku
QUDRAT – Yang gagah itu ALLAH,
bukan kaki-tangan aku
IRADAT – Yang berkehendak itu
ALLAH, bukan aku
HAYAT – Yang hidup itu ALLAH,
bukan aku
ILMU – Yang tahu itu ALLAH, bukan
aku
Maka setelah melalui proses
diatas, maka mengenallah sudah si manusia bahawa sesungguhnya JASADnya itu pada
hakikatnya MATI tidak pernah hidup dan yang sebenar-benar HIDUP itu hanya ALLAH
MAHA AGUNG sahaja.
Manakala setelah Baqo’ didalam
WAJAH ALLAH maka tetaplah atau TABDI lah menusia itu bahawa sesungguhnya ALLAH
itu HIDUP-NYA dan WUJUD-NYA tanpa berAWAL dan tanpa berAKHIR
LAA HURFUN WALA SHAUTIN…
AHAD, AHAD, AHAD….
Sesungguhnya kefahaman itu milik
ALLAH YANG MAHA AGUNG.
No comments:
Post a Comment