Photo

Photo

Saturday, 15 September 2018

Hati Yang Tulus Daripada Pengucapan Tajwid Yang Sempurna & Syarat Pokok Imam Sholat


Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi melawat Habib Ajmi, seorang sufi besar lain. Pada waktu sholatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafazkan bacaan sholatnya dengan keliru.

Oleh kerana itu, Hasan memutuskan untuk tidak sholat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang pantaslah bagi dirinya untuk sholat bersama orang yang tak bisa mengucapkan bacaan sholat dengan benar.

Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar suara berbicara kepadanya :

" Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan sohlatmu, kau akan memperoleh keredhaan-Ku, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh sholat dalam hidupmu.

Kau coba mencari kesalahan dalam bacaan sholatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna "

Di zaman sekarang ini sukar sekali kita mencari orang yang benar-benar mempunyai kriteria dekat kepada Allah. Sering kali mata kita tertipu oleh penampilan zahir.

Orang dekat dengan Allah itu adalah para Aulia-Nya, para kekasih-Nya yang beribadah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan menuntun orang-orang menuju ke hadrat Allah.

Seorang wali Allah dalam kehidupan sehari-hari boleh saja berprofesi sebagai seorang peniaga, petani, ulama', guru sekolah, dan lain-lain. Hanya orang yang diberi petunjuk oleh Allah yang boleh berjumpa dengan wali-Nya.

Mempunyai bacaan benar ( tajwid ) yang sempurna memang salah satu syarat sah seseorang menjadi imam dalam sholat, akan tetapi yang lebih penting adalah bagaimana hatinya boleh terus menerus bersama Allah selama dalam sholat.

Ini hal yang sangat pokok, kerana seorang imam akan dipertanggungjawabkan amalan makmumnya dihadapan Allah SWT. Kalau imam sepanjang sholat mengingat wanita-wanita cantik, mengenang harta, dan sejuta persoalan hidup, apakah pantas dijadikan sebagai imam…?

Saya jadi teringat kisah Imam Al-Ghazali yang menjadi imam dalam sholat Asar disebuah Masjid, beliau baru saja mengajar hukum thaharah bagi wanita yang haid.

Tanpa disedari fikiran Beliau saat solat teringat kepada wanita yang sedang haid. Salah seorang yang menjadi makmum adalah adik kandung Imam Al-Ghazali.

Selepas selesai sholat adik Imam Al-Ghazali menegur,  "kenapa abang di rakaat kedua mengingat wanita yang lagi haid…? "

Imam Al-Ghazali sangat terkejut, selaku orang yang sangat ahli dalam hukum Islam telah hafal Al-Qur'an dan ribuan hadis, telah berpuluh tahun menjadi imam baru sekarang mengetahui kekeliruannya selama ini.

Beliau berkata kepada adiknya, " Tajam sekali mata hati mu, mulai saat ini aku berguru kepada mu "

Imam Al-Ghazali yang terkenal akan ilmu syariatnya, perlu belajar lagi kepada adiknya yang ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi, bagaimana menjadi seorang imam yang sah,

Lalu bagaimana dengan imam-imam zaman sekarang yang hanya bergantung pada kefasihannya…?

Bacaan tetaplah bacaan, hafalan tetaplah hafalan yang tersimpan dalam otak yang mempunyai dimensi rendah,

Seorang hamba baca, tetaplah akan menjadi hamba baca, kalau pengetahuannya tidak diupgrade.

Semoga tulisan ini menyedarkan kita semua, setelah kita fasih mengalunkan ayat Al-Qur'an tiba saatnya untuk memfasihkan hati dalam mengingati-Nya. Bagaimana caranya…?

" Bertanyalah kepada Ahli Zikir bila kamu tidak tahu " ( An-Nahl, 43 )

No comments:

Post a Comment

Perintah Kaisar Naga : 4514 - 4516

 Perintah Kaisar Naga. Bab 4513-4516 "Heiyah........ mengapa.....” Tiba-tiba, Winslow menghela nafas dan menggelengkan kepalanya perlah...