Sejak dulu saya selalu dengar
kawan-kawan yang mengantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi
hafiz Quran, selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik
sejak kecil, tak semua sehebat tu...
Begitu juga para ulama terdahulu,
kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadits dan
sebagainya....
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada
zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehingga orang yang
tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.
Jadi saya terfikir, apa rahasia
mereka….?
Saya mulanya hanya beriman bahawa
asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun
dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji,
memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu
conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada
pembacaan Al-Quran itu sendiri...
Melazimi membaca Al-Quran dengan
istiqamah akan " melancarkan / mencerdaskan " otak kita....
Kata-kata itu saya dapati dari
guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...
Tapi apabila saya mulai amati
pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas
untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...
Sekiranya otak saya lambat
berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya
masih sekolah menengah pertama dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan
tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat
mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu...
Bagaimana ia berlaku…?
Ok, logika dan saintifiknya
begini...
Bila kita buka mushaf Al-Quran
dan mulai melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk
membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan
Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya
di mana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus
dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari
kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita
perlu mulai bergerak untuk bunyikan nya. Bermakna, otak kita perlu buat
keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya…!
Berbeda dengan baca surat khabar
atau buku dengan bahasa sehari” atau Inggris, otak kita tak perlu susah-susah
buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran
yang hukum bunyinya terlampau banyak ( melainkan kita baca Al-Quran tanpa
tajwid dan tanpa tartil ).
Dan yang menariknya, bila mulut
kita masih membaca kalimat Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat
kepada kalimat kedua dan mulai memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk
pembacaan kita.
Jadi ketika membaca Al-Quran,
otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak
bergerak secepat kilat untuk menghasilkan aktivitas bacaan di lidah, dan mata
yang memandang kepada mushaf tersebut.
Jadi apabila seseorang itu
membaca Al-Quran sambil melihat mushaf ( naskhah Al-Quran ) dengan lancar dan
cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak
dengan sangat laju.
Dan yang lebih menarik, bilamana
Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau
kita baca buku selain quran, tidak pula jadi semacam itu.
Jadi nada indah beralun yang
keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar
terapi itu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.
Jadi, walaupun otak bergerak laju
semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang
rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.
Berbeda kalau kita gunakan otak
untuk perkara lain, misalnya untuk menyelesaikan soal Matematika. Kadar tenaga
otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa
sangat penat.
Sedangkan badan kita tak bergerak
pun. Penat itu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan
otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung…!
Dan apabila latihan otak ini
dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan
kita genius dengan izin Allah...
Maka gejala kebodohan khususnya
yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca
Al-Quran...
Oleh sebab itulah umat Islam
terdahulu majoritasnya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhadap quran
No comments:
Post a Comment