1. Doa
perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab
baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia".
2. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengann 1.000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
3. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan
ibunya
melahirkanya.
5. Apabila
telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila
semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah.
7.
Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, derajatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan
diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia
ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)
10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah
berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
14. Wanita
yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan
tidak dihisab.
16. Syurga
itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di
dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada
Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
Wallahu
'Alam bi Shawab, bersyukurlah wahai para wanita, karena terlahir sebagai hawa yang mempunyai banyak
keistimewaannya, semoga bermanfaat sebagai renungan
No comments:
Post a Comment