Dikisahkan ada seorang Pemuda
Ahli Maksiat yang mencari cari Ulama untuk jadikan Gurunya.
Sang Pemuda mencari Ulama sebab ibunya
sebelum wafat berwasiat “ Carilah Ulama Yang Benar anakku yang hidupnya tidak
mengharapkan Syurga tetapi takut akan Neraka “.
Sang Pemuda mulai mencari Ulama
yang dimaksudkan ibunya dan bertemulah Sang Pemuda dengan Ulama Alim dan
bertanya, " Wahai Ulama Alim apakah engkau hidup dan beribadah karena
Syurga…? ", " Ya betul wahai Anak Muda, hidup ini hanyalah pilihan
antara Syurga dan Neraka." Jawab Ulama Alim itu. " Terima kasih
jawabannya wahai Ulama Alim…! " Jawab Sang Pemuda yang sangat simple.
Sang Pemuda berfikir ini bukan
Ulama yang dimaksudkan ibuku.
Suatu saat Sang Pemuda bertemu
lagi dengan Ulama Alim dan bertanya, " Wahai Ulama Alim apakah engkau
hidup dan beribadah kerana Syurga…? "
" Ya betul wahai Anak Muda,
hidupku hanya tertuju kepada Syurga kerana Syurga adalah tempat yang dijanjikan
Allah untuk orang yang taat dan aku berani mati untuk Syurga…." Jawab
Ulama Alim itu.
" Terima kasih jawabannya
wahai Ulama Alim…! " Jawab Sang Pemuda yang sangat simple.
Lagi Sang Pemuda berfikir ini
bukan Ulama yang dimaksudkan ibuku.
Sang pemuda terus mencari cari
Ulama yang dimaksudkan ibunya tetapi tidak berjumpa juga.
Suatu masa, Sang Pemuda
memberanikan diri untuk menemui Imam Al Ghazali r.a, Sang Sufi yang sangat
tersohor namanya.
Sang pemuda bertemu dengan Sang
Sufi dan bertanya kepada Imam Al Ghazali, " Wahai Hujjatul apakah engkau
beribadah kerana Syurga…? "
Imam Al Ghazali tersenyum lalu
menjawab dengan lembut.
" Ketahuilah Anak Muda, Syurga hanyalah
ciptaanNya, bukan Maha Pencipta dan jika aku beribadah kerana Syurga nescaya
aku adalah yang menduakan Allah SWT..."
" Jadi kerana apakah engkau
beribadah wahai Hujjatul….? "
" Aku beribadah semata mata
kerana CINTA ku kepada Tuhanku…" Jawab Sang Hujjatul.
Sang pemuda menangis seraya
berseru, " Ibu, aku sudah bertemu Ulama yang engkau maksudkan..."
Maka terdengarlah suara ghaib,
" Ikutilah dia wahai anakku. Sesungguhnya dia adalah Ulama Sejati yang
hidup dan ibadahnya tidak berharap Syurga seperti halnya Para Sahabat..."
Berkata imam alghazali dalam kita
nya Bidayah “ Lari engkau dari ulama Shu' seperti larinya engkau Dari kejaran
Harimau…”
Wallahu alam
No comments:
Post a Comment