1. Apabila meninggal dunia
seorang ayah, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
2. Apabila meninggal dunia
seorang ibu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.
3. Apabila meninggal dunia
seorang kakak / adik, maka lunglailah cita” yang dikongsi bersama.
4. Apabila meninggal dunia
seorang kakak / adik, maka hilanglah senyuman kasihnya.
5. Apabila meninggal dunia
seorang kakak / adik, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan
keceriaannya.
6. Apabila meninggal dunia
pasangan kita, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
7. Apabila meninggal dunia sahabat kita maka pudarlah sinar
nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.
Ketahuilah...
Hidup ini sangat singkat untuk kedengkian,
kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal
kenangan.
Maka...
Senyumlah, berlapang dadalah,
maafkanlah sesiapa yang menyakitkan hati kamu lantaran kita tidak tahu bila
kita akan berangkat meninggalkan dunia
yg fana ini.
Andai kita melihat kanak-kanak
yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kita melihat orang tua yang
berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan
kita.
Andai kita melihat pula jenazah
yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, itulah nanti pengakhiran hidup
kita di dunia ini.
Manfaatkanlah masa yang berharga
ini, sebelum kesempatan itu berlalu pergi.
Semoga kita senantiasa
memperbaiki ibadah kita kepada Alloh Ta'ala, dan terus istiqomah bertutur kata,
berfikir dan berbuat baik dan benar.
Semoga kita menjadi lebih baik
dan lebih bermanfaat.
Robbana Taqobbal Minna
Ya Alloh terimalah dari kami
(amalan kami), aamiin
No comments:
Post a Comment