Oleh : Allamah Al-Musnid Habib
Umar Bin Hafidz
1. Untuk menambahkan kecintaan
dan kasih sayang antara ahli keluarga. Doa ini dibaca ketika memasuki rumah :
a. Baca Ayat Qursi ( 2 : 255 ),
Surah Al-Baqarah, Ayat 255 :
اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksudnya :
“ Allah, tiada Tuhan ( yang
berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan ( sekalian makhluk Nya ). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang
memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang
dapat memberi syafaat ( pertolongan ) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ( kandungan ) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki ( memberitahu kepadanya ). Luasnya Kursi
Allah ( ilmuNya dan kekuasaanNya ) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah
Yang Maha Tinggi ( darjat kemuliaanNya ), lagi Maha Besar ( kekuasaanNya ). ”
b. Baca surah Al-Ikhlas, Surah ke
112, dibaca 3 kali :
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ الصَّمَدُ(٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ(٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ(٤)
Maksud :
“ Katakanlah ( wahai Muhammad ) :
" ( Tuhanku ) ialah Allah Yang Maha Esa (1), "Allah Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2),Ia tiada beranak, dan
Ia pula tidak diperanakkan (3), "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya" (4).”
2. Untuk menyatukan / mengeratkan
hubungan suami isteri dan saudara:
a. Surah At-Taubah, Ayat 128 dan
Ayat 129 dibaca 41 kali:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ(١٢٨) فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ(١٢٩)
Maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada
kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu
‘Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih
sayangnya kepada orang-orang yang beriman (128), Kemudian jika mereka berpaling
ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang
menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar (129 )
No comments:
Post a Comment