4 Sholawat yang paling pendek
Kita telah simpulkan beberapas holawat
yang ringkas untuk diamalkan oleh setiap orang yang beriman dan mencintai kepada
sayyiduna nabi Muhammad ﷺ.
Antaranya ialah sholawat Imam
Syibli (صلىاللهعليكمحمد), sholawat
nabi Khidhir (صلىاللهعلىسيدنامحمد), sholawat Jibril (صلىاللهعلىمحمد) dan sholawat
Dhomir (اللهمصلعليه).
1. Sholawat Imam Syibli
Sholawat ini seperti yang
disampaikan oleh syekh nazrul nasir hafidzohullohuta'ala, seperti yang pernah disebutkan
oleh imam syibli rahimahullohuta'ala.
Setiap kali selepas sholat,
bacalah ayat 128 Dari Surat At-Taubah,
لَقَدۡجَآءَكُمۡرَسُولٞمِّنۡأَنفُسِكُمۡعَزِيزٌعَلَيۡهِمَاعَنِتُّمۡحَرِيصٌعَلَيۡكُمبِٱلۡمُؤۡمِنِينَرَءُوفٞرَّحِيمٞ
Setelah membaca ayat tersebut,
kemudian bacalah sholawat yang ringkas dengan lafadz berikut :
صلىاللهعليكمحمد
Sholawat ini telah diamalkan oleh
imam Syibli selama 80 tahun setiap kali selepas sholat. Pada suatu hari, syekh
Abu Bakar rahimahullohuta'ala telah bermimpi Bahwa Rosulullohﷺ Bangun
Dari Tempat Duduknya Dan Mencium Kening Imam Syibli Rahimahullohu Ta'ala.
Sholawat ini kemudiannya, Syekh Nazrul
Nasir Telah meminta idzin kepada Syekh Dr. Yusri Rusydi Sayyid Jabr Al-Hasani Hafidzohullohu
ta'ala dan beliau telah membenarkan untuk membaca dengan lafadz berikut :
صلىاللهعليكرسولالله
2. Sholawat Nabi Khidhir
Sholawat ini seperti yang pernah disebutkan
oleh syekh Zainul Asri Hafidzuhullohu Ta'ala. Sholawat ini hanya memerlukan masa
tidak sampai 20 menit saja untuk melengkapkan sebanyak 1000 kali.
Lafadz Sholawatnya Ialah :
صلىاللهعلىسيدنامحمد
Sholawat nabi khidhir ini juga merupakan
sholawat yang dimasyhurkan oleh nuruddin marbu al-banjari
al-makkihafidzuhullohuta'ala.
3. Sholawat Jibril
Perbedaan antara sholawat ini dengan
sholawat nabi khidhir hanyalah pada lafadz " sayyidina " (سيدنا).
sholawat jibril tidak mengandung lafadz " sayyidina " seperti berikut
:
صلىاللهعلىمحمد
Sholawat ini telah disebutkan kepada
kami ustadz suhaimi hafidzuhullohuta'ala ketikab eliau berkongsikan 4 rahasia mengenai
sholawat burdah di masjid nabawi, madinah al-munawwaroh.
Beliau telah berpesan bahwa untuk
beramal dengan sholawat ini sekurang-kurangnya sebanyak 500 kali selepas sholat
isya'.
4. Sholawat Dhomir
Sholawat ini seperti yang
disebutkan oleh syekh Nazrul Nasir Hafidzohullahuta'ala ketika di ma'had
as-syatiry (pondok sungai dedap ) di Kedah.
Beliau menyampaikan sholawat ini seperti
yang pernah disebutkan ustadz salahuddin harun hafidzohullahuta'ala. Sholawat ini
dapat diselesaikan sebanyak 1000 kali dalam tempo kurang dari pada 15 menit.
Telah disebutkan olehsayyidil
imam khirib rohimahullohuta'ala, bahwa sebelum membaca sholawatdhomir,
hendaklah terlebih dahulu membaca ayat ke-56 dari surat al-ahzab,
إِنَّٱللَّهَوَمَلَٰٓئِكَتَهُۥيُصَلُّونَعَلَىٱلنَّبِيِّۚيَٰٓأَيُّهَاٱلَّذِينَءَامَنُواْصَلُّواْعَلَيۡهِوَسَلِّمُواْتَسۡلِيمًا
Kemudian barulah membaca sholawat
dengan lafadz " AllohummaSholli 'Alaih " (اللهمصلعليه). Dinamakan
Sholawat Dhomir, karena kita hanya menyebutkan kata ganti nama rosululloh pada sholawat
yaitu pada huruf ha ( " ه " ).
Syekh Nazrul Nasir berpesan agar
sholawat ini diamalkan sekurang-kurangnya 100 kali pada waktu pagi, dan 100
kali pada waktu petang.
Setiap kali dibaca sebanyak 100
kali, maka 30 hajatnya di dunia dan 70 hajatnya di akhirat akan diperkenankan oleh
Alloh Subhanahu wata'ala.
وصلىاللهعلىسيدنامحمدوعلىالهوصحبهوباركوسلم
واللهاعلمبالصواب
No comments:
Post a Comment