1. PANDANGAN
MATA
Pandangan
mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua
akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2. MAKAN
GARAM
Celup jari
kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah
penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM
TANGAN KANAN
Senantiasa
minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI
JALAN ALLAH
Sesaat
berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam
Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayo lah kita solat"
5. LANGKAH
KANAN
Masuk masjid
kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.
Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN
TIGA JARI
Nabi s.a.w
makan kurma dengan 3 jari yaitu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi
kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN
ALLAH
3 orang
mendapat jaminan Allah yaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah,
orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING
BULU
Apabila
lelaki dan perempuan tidak menggunting, membersihkan bulu kemaluan dan ketiak
selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan tinggal di situ.
9. JANGAN
BERSIUL
Jangan
bersiul karna sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil
bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA
POTONG KUKU TANGAN
Mula dari
jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari
kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA
POTONG KUKU KAKI
Mula dari
kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG
LENGAN BAJU
Panjang
lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN
KESUKAAN
Pakaian
kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis yaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika
didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung
70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA
DALAM SUJUD
Saat yang
paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud
kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI
TANDAS
Masuk tandas
kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB
MAKAN
Hendaknya
menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan,
sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA
JENIS ORANG
3 jenis
orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua
penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI
MINYAK WANGI
Memakai
minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke
masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL
WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi
dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati
dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN
PERAK
Pakai cincin
perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan
selama memakainya.
22. SOLAT
FARDHU DI MASJID
Nabi SAW
tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan
diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI
CELAK
Gunakan
celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu
mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG
PAKAIAN
Panjang
pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan
tidak melebihi mata kaki
25. SHOLAT
FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu
berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika
anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat
26. MENGUAP
Menguap
adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut
dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27.
MENYIMPAN JANGGUT
Memotong
misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala
amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN
MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan
menghadap / membelakang Kiblat
ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau
terpaksa.
29. WARNA
PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan
memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna
putih.
30. POSISI
TIDUR
Posisi tidur
yang dianjurkan ialah miring di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap
kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM
LEPAS MAKAN
Lepas makan
nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah
barulah minum.
32. TIDUR
SEBELUM ZOHOR
Tidur
sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun
sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI
HORMAT
Rasulullah
SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi
hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN
BERWARNA
Dilarang
memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu /
Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN
DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah
SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama
orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU
RASULULLAH
Rasulullah
SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan
sesendok madu asli.
37.
PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3
pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA
RASULULLAH
Ketawa
Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN
RASULULLAH
Minuman yang
paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP
AIR DALAM HIDUNG
Ketika
membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam
hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI
MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW
suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim
dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN
PAKAI CINCIN
Dilarang
memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN
TIDUR
Nabi SAW
bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang
ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI
MAKANAN
Jangan
kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan
memakannya.
45. 4 RAKAAT
SEBELUM ZOHOR
Solat 4
rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka
untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46.
ISTIGHFAR
Nabi SAW
beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih
dari 70 kali.
47. JANGAN
MENCACI MAKANAN
Jangan
mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA
BERTAMU
Apabila
bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar
terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB
SALAM DALAM TANDAS
Tidak
diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam
kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN
PANAS
Rasulullah
SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah
untuk dimakan.
51. GILIRAN
MINUM
Jika
berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum
yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW
menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal
13,14,15 bulan Hijriah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN
TIDUR MENIARAP
Jangan tidur
meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA
PEGANG MISWAK
Miswak
dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari
lain di bahagian atas.
55. DUA
RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat
sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala
isinya....
Sebarkan...supaya
lebih ramai lagi yang mengamalkan sunnah
No comments:
Post a Comment