Pada suatu hari Rasulullah saw duduk
bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. Bermula di tanyakan kepada
Sayyidina Abu Bakar ra :
" Apa yang kamu suka dari
dunia ini…? "
Dan berkatalah Sayyidina Abu
Bakar ra. " Aku suka dari dunia ini 3 perkara :
1. Duduk-duduk bersamamu ya
Rasulullah.
2. Melihat wajahmu ya Rasulullah.
3. Aku korbankan hartaku untukmu
ya Rasulullah ".
Lalu Rasulullah saw bertanya pada
sayyidina Umar RA. " bagaimana pula denganmu ya Umar…? "
Jawab Sayyidina Umar ra " ada
3 perkara juga yang aku suka :
1. Membuat kebaikan walaupun
dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun
dalam keadaan terang-terangan.
3. Berkata yang benar walaupun
pahit ".
" Dan bagaimana pula
denganmu wahai Utsman…? "
Berkata Sayyidina Utsman ra.
" ada 3 perkara yang aku suka :
1. Memberi makan.
2. Memberi salam.
3. Sholat malam di waktu manusia
tidur ".
" Bagaimana pula dengan kamu
wahai Ali …. ? "
" Aku juga cinta 3 perkara :
1. Memuliakan tamu.
2. Berpuasa di musim panas.
3. dan memukul musuh dengan
pedang ".
Kemudian Rasulullah SAW bertanya
pada Sayyidina Abu Dzar ra.
" Apa yang kamu suka di
dunia ini….? "
Berkata Sayyidina Abu Dzar ra " Aku suka 3 perkara di dunia ini :
1. Lapar.
2. Sakit.
3. Mati ".
Kemudian Rasulullah bertanya,
" Kenapa wahai Abu Dzar….? "
Berkata Sayyidina Abu Dzar ra. "
Aku suka lapar kerana untuk membersihkan hati, aku suka sakit kerana untuk
mengurangi dosaku, aku suka mati kerana untuk bertemu tuhanku ".
Kemudian bersabdalah Rasulullah saw
" Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara :
1. Wangi”an.
2. Wanita yang solehah.
3. Sholat menjadi penyejuk mataku
".
Kemudian di waktu itu turunlah
malaikat Jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.
Kemudian malaikat Jibril
mengatakan " aku suka di dunia kamu ini 3 perkara :
1. Menyampaikan risalah.
2. Menunaikan amanah.
3. Cinta terhadap orang miskin ".
Kemudian malaikat Jibril naik ke
langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata " Sesungguhnya Allah swt
mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah
suka pada dunia kamu ini 3 perkara :
1. Lidah yang sentiasa berdzikir.
2. Hati yang sentiasa khusyuk.
3. Jasad yang sabar menanggung Ujian.
Subhanallah... Semoga kelak kita
bersama Rasulullah saw dan Para sahabatnya dan mendapat Ridho Allah serta
surganya dengan tanpa hisab. Aamiin...
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ...
No comments:
Post a Comment